Saturday, 4 May 2013

5 Mei 2013 --> Pilihan Raya Umum Ke-13 Utk Negara Malaysia

Assalam,
  Pejam celik, pejam celik.. sudah tiba hari yg dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia.. Iaitu Pilihan Raya (PRU13).. Jadi malam ni saya nasihatkan kpd sesiapa yg layak mengundi, buatlah Solat Sunat Istikharah.. Iaitu solat sunat yg dilakukan kpd sesiapa yg inginkan petunjuk daripada-Nya, tidak kiralah sama ada melalui mimpi atau kesenangan hati.. Wallahualam.. lain orng, lain caranya..  Apa2pun saya hnya mampu berdoa agar kemenangan diberikan kpd pemimpin paling terbaik utk AGAMA, BANGSA & NEGARA.. Siapa? Kerajaan atau Pembangkang? Wallahualam...
 
  Esok, sewaktu igin masuk ke bilik/tempat mengundi.. mulakanlah langkah kanan dgn bacaan Basmalah.. Ingatlah bahawa pilihan pemimpin bukanlah kerana kesukaan kita tetapi krediliti mereka utk memimpin negara yg tercinta.. JANGAN ada rusuhan.. JANGAN buat perkara2 yg menimbulkan kemarahan beberapa pihak.. Dan sebagainya.. Dan jikalau parti pilihan kita menang, ucaplah Alhamdulillah serta doakan pimpinan terbaik drpd mereka, tetapi jikalau parti pilihan kita kalah, terimalah dgn hati terbuka dan doakan yg terbaik juga buat pemimpin baharu..

  INGATLAH!! Kita (rakyat) bakal disoal oleh Allah S.W.T tentang pilihan pemimpin kita jikalau mereka melakukan kezaliman, dan kamu (pemimpin) juga bakal disoal tentang AMANAH serta perlaksanaan JANJI serta Perkara WAJIB yg telah ditetapkan oleh-Nya. Sebelum mengakhiri post ini.. ini ada hadith..

Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan."
(Riwayat al-Bukhari)

[Sumber hadith : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 16, 18]

Jadi, Selamat MENGUNDI ~~~~ =D

No comments:

Post a Comment