Friday, 31 May 2013

Nasihat Buat Mereka2 Yg Bakal Melanjutkan Pelajaran

Assalam,
  Nampaknya dalam minggu ini dan minggu depan ramai remaja sibuk dengan hal2 mengenai Universiti2, Matrikulasi2, Tingkatan 6 dan seumpamanya. Apa2pun saya ingin mengucapkan..
~~ ConGraTuLatiONs & SyaBAs~~ ^_^
Tapi beringatlah bahawa segalanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T .. Maka apa2 yg kita dapat, bersyukurlah kerana kadang kala, apa yg kita dapat merupakan impian orang lain, cuma bukan rezeki mereka.. Ucaplah "Alhamdulillah" sebagai tanda kita bersyukur kepada-Nya dan "Terima Kasih" kpd mereka2 yg membantu kita berjaya.. Dan di mana2pun kita berada, sentiasalah menjaga hubungan dengan Allah S.W.T.. Yang Wajib jangan ditinggalkan, dan yang Sunat dipertingkatkan.. Jagalah adab kita sebagai pelajar, tetamu, jiran, rakan, dan seumpamanya..
  Sentiasalah berdoa agar kita sebilik/serumah dengan mereka2 yg sentiasa menjaga hubungannya dgn Allah S.W.T dan berperangai baik.. =) .. Sentiasalah bertanggungjawab setiap masa.. Dan kepada mereka2 yg dilantik sebagai 'ketua', jalankanlah amanah dengan berdedikasi dan jangan berat sebelah.
  Nasihat saya ialah, kadang kala 'senior' di tempat kita berperangai kurang baik.. maka jadikan 'sempadan' dalam hidup kita.. dan 'senior2' yg baik, dijadikan 'tauladan'.. Kehidupan di Universiti (terutamanya) agak bebas, maka jagalah maruah kita.. Yang lelaki 'ketuai' yg perempuan ke jalan yg baik dan benar, manakala yang perempuan pula, tegakkan pendirian agar tidak diganggu lelaki berhidung belang.. Aurat itu sentiasalah jaga..Perbualan antara bukan mahram itu perlu dijaga, jangan sampai jadi 'fitnah'..
  Kepada yang sedang dilamun cinta, kawallah diri.. Tidak salah bercinta, cuma yg salahnya ialah perlaksanaan terhadap perasaan cinta tersebut..

~~Cintailah Allah S.W.T > Rasulullah S.A.W > Diri Sendiri > Ibu Bapa > Guru2 > Rakan2 dan seumpamanya..~~

  Apa2pun belajarlah bersungguh-sungguh. Banggakan Ibu Bapa kita. Teruskanlah Usaha sekiranya menemui kegagalan.. ikutlah langkah2 ini..

~ Usaha > Doa > Tawakkal > Redha ~

  InsyaAllah berjaya.. Kerana Allah S.W.T lihat pada hati2 kamu, bukannya rupa paras..
Akhir pesan daripada saya.. Semoga Berjaya Di Dunia & Akhirat.. =D
 

Friday, 17 May 2013

Tawaran UPU ~~~ =D

Assalam..
Hari ini merupakan hari semakan kemasukan ke Universiti kepada pelajar2 Malaysia lepasan SPM bg tahun 2012.. Apa yang saya ingin ucapkan ialah..

~~ ConGrATuLAtioNs & SyAbaS ~~


kpd mereka2 yg berjaya mendapat tawaran.. tetapi INGAT.. jgnlah sesekali kamu terlalu menunjuk-nunjukkan rezeki-Nya .. lebih2 lagi di dalam laman sosial
.. kerana..

Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga orang yang terdapat di hatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)

Dan kepada mreka2 yg tidak berjaya mendapat tawaran yg diinginkan.. jgnlah bersedih/kecewa.. kerana.. rezeki anda belum masanya.. Allah S.W.T sentiasa memberikan yg terbaik buat hamba-Nya.. teruskanlah berdoa dan berusaha agar berjaya mencapai cita2.. kerana..

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
(Riwayat al-Bukhari)

Ketahuilah bahawa Allah S.W.T tidak akan sesekali menguji seseorang itu dgn sesuatu ujian yg tidak mampu ditanggungnya.. Now SMILE~~ !!  =)

Saturday, 4 May 2013

5 Mei 2013 --> Pilihan Raya Umum Ke-13 Utk Negara Malaysia

Assalam,
  Pejam celik, pejam celik.. sudah tiba hari yg dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia.. Iaitu Pilihan Raya (PRU13).. Jadi malam ni saya nasihatkan kpd sesiapa yg layak mengundi, buatlah Solat Sunat Istikharah.. Iaitu solat sunat yg dilakukan kpd sesiapa yg inginkan petunjuk daripada-Nya, tidak kiralah sama ada melalui mimpi atau kesenangan hati.. Wallahualam.. lain orng, lain caranya..  Apa2pun saya hnya mampu berdoa agar kemenangan diberikan kpd pemimpin paling terbaik utk AGAMA, BANGSA & NEGARA.. Siapa? Kerajaan atau Pembangkang? Wallahualam...
 
  Esok, sewaktu igin masuk ke bilik/tempat mengundi.. mulakanlah langkah kanan dgn bacaan Basmalah.. Ingatlah bahawa pilihan pemimpin bukanlah kerana kesukaan kita tetapi krediliti mereka utk memimpin negara yg tercinta.. JANGAN ada rusuhan.. JANGAN buat perkara2 yg menimbulkan kemarahan beberapa pihak.. Dan sebagainya.. Dan jikalau parti pilihan kita menang, ucaplah Alhamdulillah serta doakan pimpinan terbaik drpd mereka, tetapi jikalau parti pilihan kita kalah, terimalah dgn hati terbuka dan doakan yg terbaik juga buat pemimpin baharu..

  INGATLAH!! Kita (rakyat) bakal disoal oleh Allah S.W.T tentang pilihan pemimpin kita jikalau mereka melakukan kezaliman, dan kamu (pemimpin) juga bakal disoal tentang AMANAH serta perlaksanaan JANJI serta Perkara WAJIB yg telah ditetapkan oleh-Nya. Sebelum mengakhiri post ini.. ini ada hadith..

Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Jalan ke syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya; sihat dan kelapangan."
(Riwayat al-Bukhari)

[Sumber hadith : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 16, 18]

Jadi, Selamat MENGUNDI ~~~~ =D

Thursday, 2 May 2013

Siapa Yang Layak Menjadi Pemimpin? (PRU13)

 Assalam,
   Hari ini sudah 2 Mei 2013.. Lagi 3 hari utk Pilihan Raya Umum ke-13 utk negara Malaysia.. Meriah sungguh saya lihat disekeliling.. Banyak betul bendera2.. Macam2 ada... Para pemimpin sibuk menjalankan tugas.. Bermanifesto dan sebagainya.. Menabur-naburkan janji dan sebagainya.. Jadi, pemimpin mana yang patut dipilih? Kerajaan atau Pembangkang? (p/s : saya bukan penyokong mana2 pihak) 
  Ingatlah bahawa tujuan berkempen ini adalah utk memilih pemimpin pada masa akan datang. Dan pemimpin merupakan amanah yg teramat besar. Lebih2 lagi utk negara.. Jadi kepada bakal pemimpin2 Malaysia, sila baca post ini ini.. (Jikalau ada laa pemimpin2 yg tengok blog ini.. =P)
   Pemimpin yang TERBAIK adalah pemimpin yang menjalankan amanah, melaksanakan janji.. Tetapi apakah amanah mereka yg sebenarnya? Disebabkan negara kita adalah negara Islam, maka WAJIBLAH melaksanakan pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Hadith2.. Jikalau seseorang pemimpin itu kurang fasih atau mengerti akan sesuatu mengenai Islam, rujuklah kepada para Ulama.. Tidak kiralah sama ada Ulama itu drpd pihak kerajaan atau pembangkang.. Jikalau sesuatu hukum itu WAJIB dilaksanakan, maka laksanakanlah denagn cara yg telah diturunkan oleh Allah S.W.T dan drpd kata2 Rasulullah S.A.W, jangan pula kamu memandai-mandai buat hukum sendiri.. Takut2 kamu tidak dapat minum di kolam Al-Kausar di akhirat kelak dan dicampak di dalam neraka.. Ingatlah bahawa amanah pemimpin merupakan paling senang utk ke neraka jikalau salah cara memerintah..

>Daripada Anas bin Malik r.a.,Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

>Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati engkau.'
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

>Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiada ketaatan kepada makhluk pada menderhakai Allah Azzawajalla."
(Riwayat Ahmad)

  Maka kpd pemimpin2 Malaysia, JALANKANLAH Amanahmu dan LAKSANAKANLAH Janji2mu.. Rujuklah Al-Quran , Hadith2 Sahih, dan para Ulama..

  Wahai para pemimpin, ketahuilah bahawa janganlah kamu menaburkan fitnah2 dan penipuan .. terutamanya di media2 massa.. kerana..

>Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk Syurga orang yang mengacum (menyebar fitnah)."
(Riwayat Muslim)

  Wahai para pemimpin, seterusnya janganlah kamu ada walaupun sedikit sifat bakhil dan haloba dalam dirimu.. kerana..

>Daripada Jabir r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Takutilah sifat bakhil dan haloba. Sesungguhnya sifat bakhil dan haloba memusnahkan golongan yang sebelum kamu. Ianya mendorongkan mereka menumpahkan darah dan menghalalkan perkara yang diharamkan."
(Riwayat Muslim)

  Dan janganlah kamu membuat sesuatu sehingga rakyat jelata membenci terhadap dirimu kerana dasar pemerintahanmu..

>Daripada Aisyah r.ha.,Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah ialah orang yang ditinggalkan oleh manusia kerana khuatir dengan kejahatan dirinya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  Yang amat penting, kerana kamu beramanah, maka laksanakanlah amanahmu dengan terbaik, jikalau kamu suka menabur-nabur janji.. Tepatilah..

>Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tiga petanda orang munafik; apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkirinya, apabila diberi amanah dia mengkhianatinya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  Dan disebabkan keadaan politik sekarang  ini, yang amat keras permusuhannya kerana sokongan masing2 terhadap parti2 politik sukaan mereka (rakyat).. Dan janganlah kamu (pemimpin) mengapi-apikan permusuhan mereka dan menyertai permusuhan mereka.. sehingga menyebabkan tali silaturrahim terputus akibat politik.. kerana..

>Daripada Aisyah r.ha., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Insan yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang amat keras permusuhannya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

>Daripada Jubair bin Mu'tim r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Tidak masuk syurga pemutus silaturrahim."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Maka, wahai para pemimpin, janganlah kamu terlalu tamakkan harta dan kuasa sehingga menyebabkan kamu (pemimpin) dan mereka (rakyat) terjerumus ke arah maksiat serta sesat daripada hidayah Allah S.W.T. Kerana..

>Daripada Ka'ab bin I'yadh r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya bagi setiap umat terdapat 'fitnah' (kesesatan dan maksiat). Dan 'fitnah' terhadap umatku ialah pada harta."
(Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

>Daripada Thauban, iaitu khadam kepada Rasulullah S.A.W, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke atas umatku ialah para pemimpin yang sesat."
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

  Fuh.. panjangnya... Habis tu, siapa yang layak menjadi pemimpin? Haa.. mungkin ini hadis yg terbaik utk jawapannya..

>Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  Jadi? Siapa? Kerajaan atau Pembangkang? Wallahualam.. Kpd sesiapa yg layak mengundi, Undilah kerana kamu YAKIN bahawa pemimpin itu dapat membawa kemajuan kepada negara dan melaksanakan segala perintah Allah S.W.T. Doa2kanlah agar kemenangan diberi kpd mereka2 yg layak.. InsyaAllah.. Jadi siapa kamu sokong? =)

[Sumber Hadith : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 10, 32, 38, 54, 58, 64, 86, 92, 134, 146, 152, 186, 196]