Assalam~
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinannya dapat
lagi saya bernafas di dunia yg bersifat sementara ini pada tahun 2014 yg baharu
ini. Dan Alhamdulillah juga, Allah S.W.T mengizinkan saya utk menerbitkan sebanyak
68 post pada tahun 2013. Semoga dan doakanlah agar kita semua dapat memperbaiki
serta menambahbaik segala perkara dalam hidup kita utk tahun baharu ini, lagi2
buat keimanan serta ketaqwaan kepadanya. InsyaAllah. Segala kekurangan dan kesilapan
saya utk post2 yg lepas, saya ingin meminta maaf dan utk yg akan datang tegur-tegurlah
saya, bukanlah mengutuk kerana sesungguhnya perbuat mengutuk itu diibaratkan ‘memakan’
daging saudara sendiri dan sifat itu juga ditegah dalam Islam.
Maka, post
pertama saya utk tahun 2014 ini adalah bertajuk :
“Don’t
Judge Only By Looking His/Her Appearance #1”
Saya ingin
menceritakan satu pengalaman saya yg berkaitan dgn tajuk ini. Beberapa bulan
lepas, selalunya saya akan ke kafe utk makan malam selepas Isyak’, dan pada
waktu itu saya mengenakan pakaian jubah serta berkopiah. Maka saya pun ‘meng-order’
makanan. Waktu itu ada dua orang pelajar perempuan di sebelah saya (saya tak
kenal budak2 tu~ =3) dan mengatakan, “Umm.. tumpang lalu ye Ustaz~~” .. Saya
tidak beberapa suka apabila sesiapa sahaja yg memanggil saya dgn gelaran
tersebut. (Kalau gurau2 takpe~ =3) Tapi soalannya.. “Mengapa HANYA apabila saya
BERJUBAH serta BERKOPIAH, saya dipanggil Ustaz?” .. Adakah semua orang yg berpakaian sama seperti saya sewaktu itu,
patut dipanggil Ustaz? Haha.. saya sekeras-kerasnya mengatakan TIDAK..
Walaupun
sememangnya memakai pakaian tersebut adalah Sunnah, TETAPI, RAMAI dikalangan
kita ini takut2 adalah orang2 Munafiq (Yg menonjolkan keislaman, tetapi menyorokkan
kemungkaran) lagi2 buat akhir zaman ini. Kadang kala, pernah saya terdengar
beberapa orang yg cakap, “Hari ni aku nak pakai kopiah laa (atau jubah atau
kedua-duanya), nampak ALIM sikit~.” .. Bukannya apa, tetapi itu sahaja sudah
menunjukkan perasaaan riak dan takabbur, kerana nampak ketidakikhlasan
seseorang itu dalam beribadah. Hanya kerana GELARAN ‘Alim’ atau ‘Ustaz’ dan
seumpamanya, sanggup melakukan perkara2 sunnah. Alim atau tidak, beriman atau
tidak, bertaqwa atau tidak, itu BUKANLAH urusan kita, dan BUKANLAH hak kita utk
ketahuinya, hanya Allah S.W.T sahaja yg berhak meletakkannya dan merahsiakannya
kepada kita. Sekiranya seseorang itu boleh melihat perkara2 tersebut (pahala,
dosa, iman, taqwa dan seumpamanya), nescaya tidak akan ada perkara2 maksiat,
kemungkaran dan seumpamanya di dunia ini. Buatlah sesuatu itu (yg baik) dengan
ikhlas dan kerana Allah S.W.T kerana ganjarannya amatlah bernilai, tidak di
dunia, di akhirat pasti. InsyaAllah.
Daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a., Nabi S.A.W
bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah
Allah sebagai kalimah tertinggi, maka ia berada di jalan Allah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Sumber : Buku 101 Rekreasi Hati > m/s 186)
Maksud
hadith ini? SEGALA amalan baik yang kita ingin lakukan, niatkanlah kerana Allah
S.W.T (keikhlasan). Bukanlah kerana GELARAN, HARTA, PANGKAT dan seumpamanya.
InsyaAllah akan saya kongsikan lagi di masa akan datang. Now SMILE~~ =D